Pada permulaan operasi di Malaysia sejak bulan April yang lalu, Webe cuba mendekati hati pengguna dengan plan data internet level marhaen iaitu 20GB sebulan serta percuma 1000 SMS dan 1000 minit panggil dengan harga serendah RM8. Terdapat beberapa lagi pelan yang agak rumit difahami termasuklah harga diskaun. Kini anda tidak perlu menggaru kepala lagi kerana mereka telah menetapkan satu pelan untuk semua dengan harga yang berpatutan untuk pelan internet tanpa had. Sebelum ini, pelan ini berharga RM199 dan kini anda hanya perlu membayar RM79 sahaja. Harga yang paling murah berbanding pelan telco lain yang berada di pasaran.
Namun yang kurang menarik tentang pelan ini, ianya tidak boleh dikongsi dengan rakan lain. Anda boleh membuka 'hotspot' tetapi anda perlu membayar RM6 untuk jangka masa perkongsian internet selama 2 jam. Terdapat juga diskaun yang akan diberikan jika anda membuat talian tambahan sebanyak RM30. Anda boleh menambah talian tambahan sebanyak 5 kali. Selain daripada itu, anda juga diberi diskaun sebanyak RM2 jika membayar menggunakan auto-debit.
Tunggu apa lagi. Jika anda sudah penat dengan Maxis, Digi, Celcom dan seangkatan, berubahlah ke Webe. Jangan risau, tiada kontrak. Oh, tetapi jangan lupa anda perlu menyemak kawasan liputan 4G LTE & 3G di www.webe.com.my.
Berkaitan
- Harga Jualan iPhone XS & XS Max Di Pasaran China Turun Sehingga RM1,000 Lebih Rendah
- Huawei Carnival 2018 : Huawei Catat Peningkatan Jualan Hujung Minggu Sehingga 93 Peratus
- Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin
- Realme 2 Pro 8GB Ditawarkan Pada Harga Bawah RM900 27 Februari Ini
- Demo PES 2019 Kini Tersedia Untuk PS4, XBOX One dan PC
- [Imej Awal iPhone 8] - iPhone 8 Bewarna Putih?
- Vivo V17 Dikhabarkan Bakal Tampil Dengan Skrin Super AMOLED Ultra O
- Laman Web Pirate Bay Sekali Lagi Disekat
- Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi
- Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro, Watch GT - Bagaimana 3 Gajet Ini Menjadikan Percutian Anda Lebih Selesa