Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi

Diterbitkan April 13, 2019 oleh Haikel Areff

Upin & Ipin adalah merupakan “pasangan kembar” paling terkenal di negara ini. Telatah dan gelagat mereka menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa juga tidak terkecuali.

Mungkin faktor berkenaan membantu filem terbaru mereka, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal untuk muncul sebagai animasi dengan hasil kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia.

Menurut akaun Twitter penerbitnya, @lescopaque, filem tersebut telah mengumpul sejumlah RM25 juta selepas hanya 3 minggu menemui peminat di panggung wayang.

Terima kasih semua! Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Mari kita angkat filem ini menjadi filem tempatan paling berjaya di Malaysia dan Antarabangsa

— Les' Copaque (@lescopaque) April 11, 2019

Dari segi jumlah penonton pula, seramai sekitar 2 juta penonton telah menyaksikan filem ini di pawagam setakat ini.

Lebih membanggakan, rekod kutipan ini turut mengatasi jumlah kutipan yang diterima oleh animasi popular antarabangsa, Incredibles 2 yang muncul sebagai animasi dengan kutipan tertinggi sebelum ini.

Les’ Copaque juga menerusi kicauan di akaun Twitter mereka telah berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang telah membantu mereka dalam mencatat kejayaan ini.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara.

Jadi bagi anda yang belum menonton, kami nasihatkan anda untuk menyaksikannya kerana filem ini memang menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Sumber: Les’ Copaque

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY