Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Dengan Harga Lebih Murah

Harga Jualan iPhone XS & XS Max Di Pasaran China Turun Sehingga RM1,000 Lebih Rendah

Diterbitkan Mac 7, 2019 oleh Haikel Areff

Berikutan kadar jualan yang rendah, pengedar iPhone di China terpaksa untuk menurunkan harga iPhone XS dan iPhone XS Max baru-baru ini.

Penurunan harga bagi kedua-dua model itu adalah agak besar, di mana lebih kurang $150(~RM613) bagi iPhone XS dan $253(~RM1033) untuk model iPhone XS Max.

Tawaran harga lebih rendah ini diharap dapat menarik minat lebih ramai pembeli untuk mendapatkan dua model berkenaan.

Untuk rekod, China adalah antara negara yang sering mencatat jualan iPhone tertinggi saban tahun.

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
AppleInsider

Bagaimanapun, kadar jualan iPhone di China pada tahun ini agak rendah dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis perdagangan yang sedang dihadapi oleh pihak China dan US ketika ini.

Sebelum ini, Apple telah melakukan tindakan sama dengan menurunkan harga jualan bagi iPhone XR bagi pasaran Jepun.

Pada pendapat kami, Apple perlu menawarkan peranti mereka dengan harga lebih rendah memandangkan para pencabar mereka sudah mula menghasilkan peranti berkuasa tinggi dengan harga mampu milik.

iPhone keluaran 2019 mungkin menjadi masa yang sesuai untuk Apple mula menjual peranti keluaran mereka itu dengan harga lebih murah.

 

Sumber: Cult of Mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY