Webe Dikhabarkan Bakal Tampil Dengan Pelan Pra-Bayar

Tempoh hari kita telah diberitakan dengan peralihan nama rangkaian Webe kepada UniFi, dan kini timbul desas-desus mengatakan bahawa mereka bakal menampilkan pelan pra-bayar pula.

Perkara ini telah dilaporkan oleh Lowyat.net dimana mereka menemukan arahan pada laman webe yang menyebut tentang " webemobile prepaid plan" seperti yang tertera pada foto dibawah.

Berita tentang pelan pra-bayar oleh Webe ini bukanlah perkara baru dimana sebelum ini syarikat tersebut ada menyebut tentang perancangan untuk mewujudkan pelan tersebut.

Terkenal dengan pelan pascabayar beserta data tanpa had, Webe dilihat mampu memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dengan pelan pra-bayar yang masih belum dapat dipastikan lagi penawarannya.

Sumber: Lowyat.net