Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instant Tethering Sudah Mula Dilancarkan Bagi Peranti Pixel Dan Nexus

Instant Tethering Sudah Mula Dilancarkan Bagi Peranti Pixel Dan Nexus

Diterbitkan Februari 12, 2017 · Dikemas kini Februari 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dizaman serba moden ini adalah normal bagi seseorang mempunyai 2 buah peranti yang berlainan. Satu tablet dan satu telefon pintar. Kebiasaannya salah satu peranti akan mempunyai akses internet yang dibeli dari pakej-pakej internet yang ditawarkan telco dan peranti yang lagi satu hanya menggunakan WiFi ataupun disambung kepada peranti yang pertama dengan cara hotspot /tethering.

Jika mahu menggunakan hotspot, anda perlu pergi ke tetapan dan menekan pelbagai butang pilihan hanya untuk menghidupkan satu fungsi itu sahaja. Bukankah mudah jika fungsi hotspot atau tethering itu boleh dilakukan secara automatik? Dengan adanya Instant Tethering, sebuah ciri terbaru dari Android, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengaktifkan fungsi itu. Menggunakan satu Google akaun yang didaftarkan pada dua peranti yang berbeza, ia akan berkongsi akses internet secara automatik. Ciri ini ditawarkan kepada semua model Pixel, Pixel XL, Nexus 6, Nexus 5X, atau Nexus 6P yang beroperasi menggunakan Android 7.1.1 dan keatas.

Menurut pengurus produk Google, Omri Amarilio, apabila anda membuka tablet anda, ia akan mencari sambungan WiFi dikawasan sekitar. Dan jika tiada sambungan WiFi, tablet akan bertanya dengan telefon pintar anda sama ada ia mempunyai sambungan internet dan kuasa bateri yang mencukupi atau tidak. Jika ya, pilihan untuk sambungan selamat ke hotspot akan diberikan dan dipadankan secara automatik. Semua proses yang dinyatakan itu berlaku tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar anda. Komunikasi antara kedua-dua peranti menggunakan sambungan Bluetooth.

Apabila sudah selesai menggunakan akses internet di tablet dan anda terlupa untuk memutuskan sambungan, ciri itu akan memberitahu anda yang ia akan menamatkan sambungan hotspot tersebut dan ia sudah pasti dapat menjimatkan penggunaan bateri.

Sumber: Google Product Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY