Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wanita Pertama Dan Individu Ketiga Di Dunia Dilapor Sembuh Daripada HIV

Wanita Pertama Dan Individu Ketiga Di Dunia Dilapor Sembuh Daripada HIV

Diterbitkan Februari 21, 2022 ยท Dikemas kini Februari 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Human immunodeficiency virus atau virus kurang imun (HIV) merupakan satu penyakit yang menyerang sistem imunisasi badan manusia. Jika tidak dirawat, ia akan mengundang AIDS pula.

Biarpun penyakit itu amat bahaya, boleh membawa maut dan tidak ada penawar sebenar, tetapi kini dilaporkan seorang pesakit dari New York berjaya sembuh daripada HIV. Beliau juga wanita pertama di dunia dan individu ketiga yang bebas daripada penyakit tersebut.

Pesakit wanita itu menerima rawatan di Pusat Perubatan Presbyterian Weill Cornell dan rawatan yang digunakan adalah rawatan sel stem.

Lebih mengagumkan, wanita tersebut juga merupakan seorang pesakit kanser dan telah menerima rawatan untuk melawan kedua-dua penyakit itu dalam waktu yang sama.

Bukan mudah untuk melawan virus maut ini. Rawatan yang dilakukan perlu mencari individu yang mempunyai stem mutasi luar biasa yang menjadikan mereka kebal daripada virus tersebut.

Malah, stem mutasi luar biasa ini kebiasaannya berasal dari Eropah utara sahaja dan hanya 1% daripada populasi itu mengalaminya.

Wanita Pertama Dan Individu Ketiga Di Dunia Dilapor Sembuh Daripada HIV
Kredit CDC

Sejurus menerima penderma, doktor akan menjalankan pemindahan tali pusat haploidentical di mana ia merupakan proses yang menggunakan darah tali pusat serta sumsum tulang daripada penderma.

Kata Dr. Koen van Besien, peranan-peranan sel-sel penderma dewasa adalah untuk mempercepatkan proses pengukuhan awal dan menjadikan pemindahan lebih selamat serta mudah.

Namun begitu, rawatan ini amat berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kematian pesakit. Pakar tidak akan menggunakan kaedah ini sekiranya pesakit masih boleh mengurus HIV mereka melalui kaedah biasa.

Jadi, kaedah sel stem difokuskan buat individu yang berada di peringkat akhir diagnosis kanser yang mana diramalkan jangka hayat tidak panjang.

Pesakit wanita berumur 64 tahun itu sebenarnya disahkan menghidap HIV pada 2013 dan leukemia pada tahun 2017.

Dengan ini, beliau menjadi calon yang berpotensi untuk menerima rawatan berisiko tinggi tersebut.

Menurut laporan lagi, setelah membuat imbasan berulang ke atas badan wanita tersebut, tiada sel-sel HIV yang berpotensi untuk muncul semula dan beliau kini sudah bebas daripada virus itu selama 14 bulan.

Buat pengetahuan, Timothy Ray Brown merupakan individu pertama di dunia yang sembuh daripada HIV pada 2007.

Sumber: kosmo, live science

Foto utama: forbes

Baca juga:

  • Ribut Solar Terburuk Diramalkan Akan Berlaku Pada 25 Julai 2025

  • 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

  • Kamera Bawah Skrin Untuk iPhone? Teruskanlah Bermimpi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY