Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kamera Bawah Skrin Untuk iPhone? Teruskanlah Bermimpi

Posted on Februari 21, 2022

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa Apple sedang membangunkan teknologi kamera bawah skrin untuk iPhone mereka.

Berita baiknya, ura-ura ini adalah betul dan syarikat itu telah meluangkan masa beberapa tahun menyiapkan teknologi itu.

Berita buruknya, pada Januari lalu, Apple membuat keputusan untuk menghentikan pembangunan teknologi skrin bawah kamera dan akan kekal menggunakan sistem takuk Face ID sedia ada.

Walaupun teknologi kamera bawah skrin bukanlah baharu, ia sebenarnya masih lagi mentah dari segi praktikaliti jika melihat kepada telefon Android yang sudah dipasang teknologi itu.

Ini mungkin sebab mengapa Apple akan kekal menggunakan sistem takuk Face ID sedia ada selagi kamera bawah skrin masih belum cukup ‘matang’ untuk Apple gunakan.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Apple akan melupakan terus hasrat untuk menggunakan sistem kamera bawah skrin untuk iPhone mereka.

Apa yang pasti, selagi Apple belum cukup puas hati dengan teknologi kamera bawah skrin ini, pengguna iPhone hanya boleh bermimpi dan bergembira dengan takuk Face ID mereka.

Sumber: iDropnews

Baca juga:

  • Akhirnya, Telefon Pintar Pertama Guna Dimensity 9000 Akan Dilancar Minggu Ini
  • BlackBerry Secara Rasmi ‘Mati’ Dan Tak Akan Ada Di Pasaran Lagi
  • Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress