Walaupun Direbus Di Dalam Air Yang Mendidih, Telefon Pintar Ini Masih Berfungsi Dengan Baik

Pernah dengar telefon pintar berjenama Nomu?

Rasanya kebanyakkan daripada anda mungkin tidak pernah mengetahui jenama ini. Ia merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan telefon pintar tahan lasak memenuhi piawaian ketenteraan.

Nomu S30 merupakan peranti terbaru keluaran mereka yang memiliki pensijilan IP68 iaitu...

  • Kalis air

  • Kalis debu

  • Kalis hentakan


... tetapi bukan itu sahaja, ia sangat lasak sehinggakan mampu berfungsi walaupun direndam di dalam air mendidih selama 1 minit!

Sebelum ini pelbagai ujian telah dilakukan keatas model berkenaan, antaranya...

  • ujian jatuh dari pelbagai ketinggian

  • direndam di dalam ais, lumpur, air masin, air coca cola

  • disimen


... tapi itu semua tidak cukup untuk "memusnahkan" telefon terbabit. Terbaru, syarikat yang berpengkalan dari Shenzen itu telah memuat naik sebuah video rakaman ujian ketahanan untuk S30 terbabit.

Ujian tersebut melibatkan sebuah model S30 direndam di dalam periuk yang berisi air mendidih selama 1 minit.

https://www.youtube.com/watch?v=OvCYCaHQws4

https://www.youtube.com/watch?v=D8n9q0S1xDY

Spesifikasi ringkas Nomu S30:

  • Android Nougat 7.0

  • Penutup bateri diperbuat daripada serat karbon

  • RAM 3GB dan storan dalaman 32GB

  • Skrin paparan 4.7 inci dengan perlindungan Gorilla Glass 3

  • Kamera utama 8MP dan kamera selfie 2MP (Sony)

  • Cip pemproses 4 teras MTK6737T  1.5GHz

  • Bateri 3000mAh

  • Sokongan GPS/A-GPS/GLONASS

  • Port USB kalis air

  • IP68: kalis air, hentakan, debu