Terbaru, sebuah syarikat yang berpengkalan dari Yokohama Jepun telah mencipta sebuah peranti realiti maya yang dikenali sebagai VR Sense. Ia bagaikan sebuah permainan arked yang biasa kita lihat di pusat hiburan keluarga, tetapi apa yang membezakannya adalah pengalaman yang dirasai ketika bermain dengan peranti tersebut. Pemain akan berasa seolah-olah berada di dalam dunia yang dimainkan itu. Seperti mana yang kita tahu, teknologi realiti maya sebelum ini mampu membuat kita seakan-akan berada di dalam dunia yang lain, tetapi VR Sense membantu pemain untuk menyentuh serta menghidu ketika bermain.
Berbentuk seperti "bilik kecil" siap dengan tempat duduk yang akan berputar ke pelbagai arah dan set VR yang dipakai di kepala. Untuk memastikan keselamatan pemain, tali pinggang keledar ada disediakan. Antara yang menarik adalah fungsi sentuhan, dimana pemain dapat merasai sentuhan ketika menggunakan peranti tersebut. Seperti contoh, jika anda melihat serangga terjatuh di atas kepala anda, akan benar-benar merasai perkara itu. Menarik bukan? Selain itu, peranti berkenaan akan mengawal suhu dan mengeluarkan kabus untuk memberi lebih pengalaman kepada pemain.
Untuk merangsang deria bau pemain, peranti terbabit dipasang dengan fungsi bau yang mampu mengeluarkan apa juga jenis bau mengikut situasi permainan. Jika anda bermain di dalam hutan, bau tumbuhan dalam hutan yang akan keluar. Jika anda bermain permainan perang, maka asap dan bau bahan letupan yang akan anda hidu.
Buat pengetahuan anda semua, VR Sense dibangunkan berasaskan PlayStation VR dan PlayStation Move. Alatan yang digunakan juga adalah dari PlayStation 4.
Sumber: Game Watch Impress, Kotaku Via The Next Web
Berkaitan
- Poco F2 Pro Mula Dijual 10 Jun Ini, Harga Dari RM2199
- Promosi Days Of Play Bermula, PlayStation 4 Pro (1TB) Diskaun RM400
- Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
- Mi Malaysia Adakan Promosi Istimewa Bersama Lazada 11 November Ini
- Rangkaian Mudah Alih Malaysia Lebih Laju Berbanding Thailand, Indonesia Dan Filipina
- Asus ZenFone 6 Rasmi Dilengkapi Kamera Flip, Bateri 5000mAh Dan Snapdragon 855
- Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong
- Lenovo Legion Phone Duel Sudah Rasmi Dengan Snapdragon 865+ Dan Pengecasan 90W
- SKMM: Secara Purata Harga Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sudah Menurun 49%
- PUBG Buang Topeng "Rising Sun" Dari Dalam Permainan