Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-21T140923.268

Vivobook S15 Juga Rasmi, ‘Laptop’ ASUS Pertama Dengan Copilot+ Dan Cip Snapdragon

Diterbitkan Mei 21, 2024 oleh Muhd Idham

Selain daripada jenama Acer, Microsoft dan Lenovo, ASUS juga kini telah memasuki era penerapan kecerdasan buatan secara terbina untuk produk PC mereka dengan pelancaran komputer riba Vivobook S15.

Vivobook S 15 OLED_Product photo_2S_Cool Silver

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite dengan ciri Qualcomm AI Engine (45 TOPS NPU).

Selain itu, ia juga disokong oleh kad grafik Qualcomm Adreno, memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan SSD 1TB.

Manakala, skrin pula adalah jenis ASUS Lumina OLED bersaiz 15.6 inci yang mempunyai resolusi (2880 x 1620), kadar segar semula 120Hz dan kadar tindak balas 0.2ms.

Bateri pula berkapasiti 70WHr dan jangka hayatnya mampu bertahan sehingga 18 jam penggunaan. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan ASUS IceCool Thermal Technology.

Lain-lain kelengkapan yang disediakan terdiri daripada papan kekunci RGB, kamera web FHD IR, ASUS AI Noise-Canceling, Wi-Fi 7, dua slot USB-C 4.0 Gen 3, dua slot USB-A 3.2 Gen 1, satu slot HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm.

Vivobook S15 Juga Rasmi, ‘Laptop’ ASUS Pertama Dengan Copilot+ Dan Cip Snapdragon

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Apple Keluarkan iOS 17.5.1 Bagi Tangani Isu Gambar Lama Muncul Semula
  • Acer Swift 14 AI Kini Dikuasakan Cip Snapdragon
  • Lenovo Lancar Yoga Slim 7x, Komputer Riba Nipis Dan Berkuasa

Komputer riba ini akan tersedia di pasaran Malaysia pada awal suku ketiga tahun 2024.

Namun, harganya hanya ditetapkan untuk pasaran global sahaja buat masa sekarang iaitu USD1,299 (~RM6,093.32).

Vivobook S15 Juga Rasmi, ‘Laptop’ ASUS Pertama Dengan Copilot+ Dan Cip Snapdragon

Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY