Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image realme (1)

vivo X300 Pro Atau vivo X300? Ini Perbezaannya

Diterbitkan Disember 22, 2025 · Dikemas kini Disember 22, 2025 oleh ainabatrisyia

Mana lebih sesuai dengan ciri yang anda cari, vivo X300 Pro atau vivo X300? Mari kita lihat apa perbezaan kedua-dua telefon ini.

@wisermy

Apa beza vivo X300 Pro dengan vivo X300 biasa? 🤔 #vivox300pro #vivo

♬ Trap, hip hop, dark beat ♪(963369) – Ninja_Muzik_Tokyo

Pertama sekali, vivo X300 mempunyai 200MP untuk kamera utama dan 50MP untuk kamera Telefoto. Manakala, vivo X300 Pro pula mempunyai 50MP kamera utama dengan gimbal grade dan 200MP kamera Telefoto APO.

Untuk lebih mudah anda fahami, sistem kamera pada vivo X300 lebih canggih berbanding kamera pada vivo X300. Ia menampilkan lebih banyak ciri yang boleh digunakan untuk kamera serta turut didatangkan bersama cip VS1.

kamera vivo x300 pro

Kamera swafoto dan kamera Ultra-lebar pada kedua-dua telefon ini pula ditampilkan dengan ciri yang sama sahaja.

Seterusnya, vivo X300 mempunyai skrin yang lebih kecil iaitu 6.31 inci, berbanding vivo X300 Pro yang mempunyai 6.78 inci serta pensijilan Dolby Vision.

skrin vivo X300 Series

Selain dari ciri ini, semuanya sama sahaja pada kedua-dua skrin telefon. Antaranya seperti, LTPO AMOLED, HDR10+, Pensijilan TÜV Rheinland dan banyak lagi.

Dari segi berat, vivo X300 Pro agak berat sedikit berbanding vivo X300. 226g untuk model pro dan untuk model biasa pula, hanya 190g sahaja.

Bagi bateri pula, vivo X300 dibekalkan dengan bateri yang lebih kecil iaitu dengan kapasiti 6040mAh dan bateri berkapasiti lebih besar, 6510mAh dibekalkan bersama vivo X300 Pro.

vivo X300 Series

Jadi bila dilihat semua perbezaan pada spesifikasi kedua telefon pintar ini, yang mana satu menepati keperluan dan minat anda? Kini giliran anda untuk tentukan sama ada pro, ataupun biasa.

Jika anda berminat dengan kedua telefon ini, anda boleh mendapatkannya di Laman Beli dengan memasukkan kod 103 untuk vivo X300 dan kod 107 untuk vivo X300 Pro.

Berkaitan

  • Siri vivo X300 Dilancar, X300 Pro Perkenal Super Telefoto 200MP ZEISS APO
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • (Ulasan) vivo X300 Pro - Kamera 200MP Bertambah 'Power' Dengan Kit Telefoto
  • OPPO Find X9 Pro VS vivo X300 Pro: Kamera Mana Yang Best?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY