Vivo X30 Bakal Hadir Dengan Kamera Periskop “Super Telephoto”

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai peranti terbaru dari Vivo iaitu Vivo X30. Pihak Vivo juga telah mendedahkan bahawa peranti terbarunya ini mempunyai keupayaan zum sehingga 60X.

Terbaru, sebuah laman teknologi dari China iaitu Weibo telah mendedahkan lagimengenai spesifikasi peranti mercu keluaran Vivo ini. Sebuah imej mengenai peranti ini telah tular di laman berkenaan yang menunjukkan ia bakal hadir dengan kamera jenis periskop. Dalam gambar tersebut juga terdapat perkataan “a flagship for pro shots”.



Turut tular sebuah video yang menunjukkan pilihan warna bagi Vivo X30 yang dilihat bakal hadir dengan 3 pilihan warna. Antara warna yang ditunjukkan di dalam video tersebut ialah coral, hitam dan gradien warna antara putih, biru dan unggu.

https://youtu.be/pIit7pX_PwI

Vivo X30 bakal hadir dengan cip pemprosesan dari Samsung iaitu Exynos 980 dan akan menyokong teknologi 5G. Ia juga hadir dengan skrin OLED 90Hz dan dijangka akan dilancarkan pada pertengahan Disember ini.

Sumber : Gsmarena