Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Nex 3 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM

Vivo Nex 3 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM

Diterbitkan September 27, 2019 oleh irfan suhaimee

Setelah dilancarkan di Shanghai baru-baru ini, peranti mercu terbaru keluaran Vivo iaitu Vivo nex 3 dilihat akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

IMG 1 – NEX 3 SIRIM

Ini kerana, perkhabaran terbaru memperlihatkan sebuah peranti Vivo yang bernama vivo 1913 di bawah nama syarikat, Vivo Technologies Sdn Bhd sudah menerima pengiktirafan daripada SIRIM. Ia jelas menunjukkan bahawa peranti mercu terbaru Vivo yang penuh dengan inovasi itu bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/524158801512710/

Vivo Nex 3 merupakan generasi ke-3 di dalam keluarga Vivo nex dan mempunyai inovasi yang paling antara paling berteknologi di pasaran. Ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+, RAM antara 8GB dan 12GB beserta ruang dalaman sebesar 256GB berasaskan storan UFS 3.0. Mempunyai tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, 13MP lensa sudut lebar 120 darjah dan 13MP lensa telefoto.  Bagi kamera hadapan pula, Vivo Nex 3 hadir dengan “pop up camera”16MP dan menjadikan rekaan peranti ini tiada takuk. Apa yang lebih menarik lagi mengenai peranti ini, ia hadir dengan paparan 6.89 inci POLED Waterfall FullView dan menjadikannya mempunyai nisbah skrin-ke-badan 99.6%.

setakat ini, harga rasmi Vivo Nex 3 bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY