Bermula dengan prototaip, teknologi imbasan cap jari dibawah paparan ini bertukar mula dikomersialkan sekitar awal tahun 2018. Ia merupakan suatu inovasi yang sangat unik, menjadikan sesebuah telefon pintar itu mempunyai layar skrin yang lebih besar dan mengecilkan bezel.
Laman teknologi antarabangsa, Android Authority juga mengiktiraf teknologi imbasa Vivo ini sebagai inovasi terbaik tahun lalu. Selain itu, ia turut mendapat pujian dari para media kerana menjadi yang pertama menampilkan peranti dengan keupayaan sedemikian.
Setelah digunakan pada peranti-peranti yang terdahulu seperti Vivo X20 Plus UD, Vivo X21, Vivo NEX dan juga Vivo V11, kali ini Vivo tampil dengan memperkemaskan lagi teknologi ini pada peranti terbarunya iaitu Vivo V15 Pro.
Dengan penambahbaikan dari segi ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, kini ia membolehkan para pengguna berpengalaman menyahkunci skrin dengan lebih pantas, lebih bergaya dan lebih selamat dalam hanya mengambil masa lebih kurang 0.37 saat.
Dengan menggunakkan teknologi imbasas cap jari bawah paparan ini, para pengguna dapat merasai reka bentuk telefon pintar yang lebih ramping dan premium tanpa memerlukan sensor cap jari belakang, atau mempunyai sensor cap jari pada bezel bawah peranti.
V15Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.39 inci Super AMOLED dengan nisbah 19.5: 9 yang menghasilkan reka bentuk visual yang cukup mengagumkan. Dikombinasikan dengan kamera hadapan yang menggunakkan teknologi Elevating Front Camera bersaiz 32MP, ianya mewujudkan pengalaman menggunakkan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin yang penuh tanpa ada bezel mahupun takuk di bahagian skrin.
Vivo V15 Pro boleh didapati pada harga RM1,699 untuk model 6GB RAM dan RM !,899 untuk model 8GB RAM.
Berkaitan
- Vivo Malaysia Adakan Superday Di Johor, Pembeli Vivo V17 Pro Akan Terima Hadiah Percuma
- Honor 20 Pro Dengan Pilihan Warna Baru Bakal Tiba Di Malaysia
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- Mac Pro Dan Apple Pro Display XDR Telah Mula Dijual Di Malaysia
- Xiaomi Mengesahkan Mi 9 Pro Dan Mi Mix 4 Akan Dilancarkan Pada 24 September Ini
- Skrin Iphone 11 Pro Max Dinobatkan Sebagai Paparan Terbaik Oleh DisplayMate
- Peminat E-Sukan Boleh Mendapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Untuk Pendaftaran Pelan Celcom Platinum atau Platinum Plus
- Honor Memperlihatkan Keupayaan Kamera Honor 9X Pro Dan 9X Pada Situasi Kurang Cahaya
- Vivo Bakal Anjurkan Pertandingan PUBG MOBILE Disember Ini
- Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple