Antaranya ialah Vivo. Selepas melancarkan siri V15 mereka bulan lepas, mereka datang pula dengan siri kelas pertengahan, Vivo X27.
Vivo X27 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+ tanpa rekaan takuk. Ini kerana kamera swafoto 16MP-nya menggunakan mekanisma periskop seperti Vivo NEX dan siri V15.
Bagi kamera utama pula ia didatangkan dengan kamera tri-lensa 48MP + 13MP ultra-luas + 5MP depth sensor.
Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 710 serta memori 8GB RAM dan simpanan dalaman 256GB, menjadikannya tidak jauh berbeza dengan sebuah peranti flagship.
Malah ia mempunyai satu lagi pilihan variasi dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM beserta dengan simpanan dalaman 128GB.
Peranti ini akan dijalankan dengan sistem FunTouch 9 berlandaskan Android 9 Pie serta dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh.
Ia ditawarkan di pasaran China pada harga CNY3198(~RM1942) bagi model Snapdragon 675 manakala CNY3598(~RM2184) bagi model Snapdragon 710.
Seperti biasa tiada sebarang maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia setakat ini.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia
- Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y
- Vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 20 April Ini
- iOS 11 Bakal Membenarkan Panggilan Video FaceTime Secara Berkumpulan
- Telefon Android Juga Bakal Kehilangan Headphone Jack
- Hyper Boost - Teknologi Untuk Mempertingkan Keupayaan & Prestasi Peranti Dari OPPO
- Uber Hadir Dengan Promosi Perjalanan Percuma Bernilai RM100
- Samsung Acah Pelancaran Cip Pemprosesan Exynos Terbaru Minggu Hadapan
- Lebih Banyak Peranti Android Akan Menyokong Permainan Fortnite Selepas Ini
- Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas Menangis Tanpa Henti Ketika Menonton Avengers: Endgame