Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo X27 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED

Vivo X27 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED

Diterbitkan Mac 20, 2019 oleh Haikel Areff

Para pengeluar nampaknya masih lagi belum mahu memperlahankan rentak mereka apabila terus memperkenalkan model baharu masing-masing.

Antaranya ialah Vivo. Selepas melancarkan siri V15 mereka bulan lepas, mereka datang pula dengan siri kelas pertengahan, Vivo X27.

Vivo X27 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED

Vivo X27 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+ tanpa rekaan takuk. Ini kerana kamera swafoto 16MP-nya menggunakan mekanisma periskop seperti Vivo NEX dan siri V15.

Bagi kamera utama pula ia didatangkan dengan kamera tri-lensa 48MP + 13MP ultra-luas + 5MP depth sensor. 

Vivo X27 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 710 serta memori 8GB RAM dan simpanan dalaman 256GB, menjadikannya tidak jauh berbeza dengan sebuah peranti flagship.

Malah ia mempunyai satu lagi pilihan variasi dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM beserta dengan simpanan dalaman 128GB.

Peranti ini akan dijalankan dengan sistem FunTouch 9 berlandaskan Android 9 Pie serta dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh.

Ia ditawarkan di pasaran China pada harga CNY3198(~RM1942) bagi model Snapdragon 675 manakala CNY3598(~RM2184) bagi model Snapdragon 710.

Seperti biasa tiada sebarang maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia setakat ini.

 

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY