Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x flip

vivo X Flip Dilaporkan Akan Datang Dengan Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan Disember 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan mengatakan bahawa vivo akan membawakan sebuah lagi peranti boleh lipat yang dipercayai hadir dengan nama vivo X Flip.

Vivo X Flip leaked schematic

Telefon boleh lipat keempat vivo itu sedang dibangunkan dan akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, menurut Digital Chat Station.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkaitan spesifikasi lanjut vivo X Flip ini. Namun, imej janaan komputer telah didedahkan dipercayai telefon tersebut.

vivo x flip

Bulan April lalu, X Fold dan X Note telah dilancarkan di China sebagai 2 peranti boleh lipat pertama daripada vivo. Beberapa bulan selepasnya, mereka memperkenal pula vivo Fold+ yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Hari ini, peranti boleh lipat tersedia di pasaran ialah Galaxy Z Flip, Z Fold, Huawei P50 Pocket, Moto Razr 2022, Huawei Mate Xs 2, OPPO Find N, Mi Mix Fold.

Berkaitan

  • Rasmi - Telefon Boleh Lipat Pertama vivo, X Fold Dan X Note Dijana 8 Gen 1, RAM 12GB
  • (Ulasan) vivo X80 Pro - Foto Tampak Bertauliah Walaupun 'Noob' Dalam Diam
  • Ini Telefon Pertama Boleh Lipat vivo, vivo X Fold
  • vivo Lancar Peranti Boleh Lipat X Fold+, Dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1

Kami ada membuat ulasan dan beberapa artikel lain berkaitan pengguna Galaxy Z Flip4. Klik SINI untuk baca.

Secara peribadi, saya tidak gemarkan telefon boleh lipat atas sebab praktikaliti. Namun, suka untuk saya lihat teknologi untuknya lekas maju dengan lebih banyak syarikat mula mengeluarkan peranti masing-masing.

Sumber: Digital Chat Station, Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY