Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Lancar Peranti Boleh Lipat X Fold+, Dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1

vivo Lancar Peranti Boleh Lipat X Fold+, Dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan September 30, 2022 oleh Firdaus

vivo X Fold+ merupakan pengganti kepada pendahulunya, X Fold dan menawarkan peningkatan yang lebih hebat. Hal ini demikian kerana X Fold+ mempunyai spesifikasi yang lebih maju dan baharu.

vivo X Fold+ Qingshan Blue

vivo X Fold+ dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1 dan datang dalam 2 variasi model – 12GB+256GB dan 12GB+512GB.

Bukan itu sahaja, skrin yang digunakan vivo X Fold+ adalah jenis LTPO bersaiz 6.53 inci (tertutup) dan 8.03 inci (terbuka).

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Selepas Instagram, Twitter Pula Ingin Meniru TikTok
  • Lihat Visual Populasi Penduduk Dunia Ini Yang Akan Mencecah 8 Bilion November Nanti

Selain itu, skrin peranti boleh lipat vivo ini menawarkan resolusi 2K+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Menawarkan bateri saiz sebesar 4730mAh, vivo memberikan sekali pengecas yang pantas untuk peranti ini – pengecasan berwayar 80W serta pengecasan wayarles 50W.

vivo X Fold+ Huaxia Red
vivo X Fold+ Phoenix Gray

vivo X Fold+ akan hadir dalam 3 variasi warna – Huaxia red, Qingshan blue, dan Phoenix gray. vivo X Fold+ akan dijual pada harga CNY9,999 (RM6,443) untuk variasi 12GB+256GB dan CNY10,999 (RM7,087) untuk 12GB+512GB.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY