Setelah gambar dan foto pemasarannya dibocorkan sejak beberapa minggu lalu, vivo secara rasmi memperkenalkan telefon boleh lipat pertama mereka, vivo X Fold dan vivo X Note di China hari ini.
vivo X Fold dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 di samping mempunyai RAM sebesar 12GB. Baterinya dengan kapasiti 4600mAh padanya pula menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W dan 50W bagi sambungan tanpa wayar.
Dari segi paparan, ia hadir dengan 2 skrin, dalam luar dan tampil dengan saiz tablet jika lipatannya dibuka. Tidak cukup dengan itu, 4 kamera (50MP+12MP+48MP+8MP) di belakang pula dikuasakan dengan sensor daripada ZEIS.
Apabila ia ditutup, pengguna boleh menggunakan skrin luarnya yang bersaiz 6.53 inci FHD+ manakala apabila dibuka, skrin LTPO 2.0 OLED bersaiz 8.03 inci dengan nisbah 21:0 dan 120Hz pula akan dipaparkan. Ia boleh dibuka pada 60 dan 120 darjah.
Pesaing Galaxy Z Fold ini menampilkan pengimbas cap jari ultrasonik pada kedua-dua skrin.
vivo X Note bukanlah telefon boleh lipat namun ia juga dijana Snapdragon 8 Gen 1 dengan 12GB RAM. Untuk storan, ia mempunyai ruang sehingga 512GB. Skrin AMOLED bersaiz 7 inci dengan resolusi QHD+ menjadi taruhan untuk paparannya selain menawarkan nyahkunci melalui imbasan cap jari 3D ultrasonik.
Model ini nampaknya lebih berkuasa dengan bateri yang lebih besar iaitu 5000mAh dengan pengecasan berwayar sehingga 80W dan tanpa wayar pula setinggi 50W.
vivo X Fold didagangkan pada harga RMB8,999(~RM5,976). vivo X Note pula RMB5,99(~RM3,984) untuk varian terendah 8GB+256GB.
Mengikut laporan, vivo X Fold tidak akan menjengah pasaran global namun mungkin akan dipasarkan di bawah ‘payung’ lain seperti OnePlus atau realme mahupun OPPO.
Sumber: Siaran Akhbar vivo
Baca juga: