Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x fold hands on (4)

Ini Telefon Pertama Boleh Lipat vivo, vivo X Fold

Diterbitkan Julai 15, 2022 · Dikemas kini Julai 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

vivo X Fold ialah telefon boleh lipat pertama daripada vivo dan ia merupakan kelas andalan.

Peranti boleh lipat ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan SPU (Secure Processing Unit), hasil kerjasama vivo dengan Qualcomm untuk keselamatan yang lebih baik.

Baru-baru ini, vivo telah mengadakan X Fold Experience Day dan kami mendapat peluang merasai pengalaman menikmatinya secara nyata.

Dari segi pengecasan, bateri sebesar 4600mAh padanya menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

vivo x fold hands on (5)

Ia juga datang dengan 4 kamera termasuk sebuah lensa 50MP dengan ZEISS bersama 16MP kamera swafoto.

Tiga buah lensa lain di belakang ialah 48MP, 12MP dan 8MP.

vivo x fold hands on (9)
vivo x fold hands on (10)
vivo x fold hands on (4)
vivo x fold hands on (1)
vivo x fold hands on (7)
vivo x fold hands on (6)
vivo x fold hands on (5)
vivo x fold hands on (3)
vivo x fold hands on (2)

Paparan pada bahagian dalam menggunakan panel AMOLED bersaiz 8.03 inci dengan kadar segar 120HZ manakala skrin luar pula bersaiz 6.53 inci.

RAM sebesar 12GB datang dengan 2 pilihan storan iaitu 256GB dan 512GB. Pengguna juga boleh memilih antara warna Mountain Blue atau Sycamore Grey.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi berkenaan pelancarannya di Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY