vivo V30 Pro Dengan Kamera ZEISS Kini Di Malaysia, Harga RM2,599

Telefon pintar terbaru daripada vivo Malaysia, siri vivo V30 kini telah rasmi buat pasaran tempatan dengan Daiyan Trisha sebagai duta utama telefon ini.

Siri telefon ini hadir dengan dua model iaitu V30 dan V30 Pro.

vivo V30 Pro




Model V30 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8200 yang diganding 12GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan UFS 3.1.

Ia juga menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Paparannya pula adalah AMOLED 6.78 inci dengan resolusi (2800 x 1260) dan kadar segar semula 60Hz - 120Hz. Puncak kecerahan pula boleh mencapai 2,800 nits.

Untuk bahagian kamera, ia dilengkapi dengan teknologi kamera ZEISS yang terdiri daripada 50MP VCS kamera utama, 50MP kamera ultra lebar, 50MP kamera potret dan 50MP kamera swafoto.



Di bawah modul kameranya juga disertakan pencahayaan Aura Light 3.0.

Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh pula disokong oleh pengecasan 80W.

Lain-lain ciri adalah Bluetooth 5.3, Wi-Fi 5, penarafan IP54 dan slot USB 2.0. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna — Petals White dan Noble Black.

vivo V30




Untuk model standard, V30, spesifikasinya berlainan sedikit untuk cip yang mana ia menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 tapi masih menjalankan Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Konfigurasi 12GB RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2 256GB/512GB.

Bahagian skrin masih lagi sama dengan versi Pro, paparan jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 2800 x 1260 dan kadar segar semula 60Hz - 120Hz.

Malangnya, versi standard ini tidak disokong oleh teknologi kamera ZEISS akan tetapi masih lengkap dengan 5oMP VCS utama, 50MP ultra lebar dan 50MP swafoto.

Ciri yang lain terdiri daripada Aura Light 3.0, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 5, IP54 dan slot USB 2.0.

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu petals white, aquamarine dan noble black.



Harga untuk siri vivo V30 ini adalah seperti di bawah.

  • vivo V30 (12GB+256GB) = RM1,999

  • vivo V30 (12GB+512GB) = RM2,199

  • vivo V30 Pro (12GB+512GB) = RM2,599


Beli siri vivo V30 di:

Shopee - https://invl.io/clkurvs

Lazada - https://invol.co/clkurvw

{suggest}

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia