vivo V29 5G Rasmi - Perkenal Aura Light 2.0 Pada Harga Bermula RM1,899

Kemasukan terbaru dalam siri vivo V - vivo V29 5G akhirnya rasmi dan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Menariknya, vivo V29 5G tampil dengan Aura Light 2.0 yang boleh memancarkan cahaya selain warna putih berbanding generasi sebelum ini.


Spesifikasi vivo V29 5G


vivo V29 5G dikuasakan cip Snapdragon 778G, memori 12GB + 8GB, dan pilihan storan 256GB dan 512GB. Peranti ini hadir dalam ketebalan 7.46mm yang nipis dan hanya seringan 186g sahaja.



Selain itu, peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.78 beresolusi 2800 × 1260 yang menyokong kadar segar semula 120Hz.



V29 5G juga hadir dengan ciri Aura Light 2.0 yang dipertingkatkan dan tetapan 3 kamera - 50MP OIS Ultra-Sensing Camera, 8MP Ultra-lebar, 2MP monokrom dan 50MP swafoto.

Ia disokong bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 80W, guna FuntouchOS 13 berasaskan Android 13, dan hadir dalam pilihan warna Starry Purple, dan Noble Black.

Harga & Ketersediaan




vivo V29 5G menawarkan 2 variasi pilihan kepada pembeli - RM1,899 untuk 12GB/256GB dan RM2,099 pula untuk 12GB/512GB.

Anda layak mendapat hadiah eksklusif yang bernilai hingga RM995 apabila anda membuat pratempah sekarang:

  • Waranti Lanjutan vivo care 1+1 - RM199

  • pelindungan skrin vivo care 1 tahun - RM399

  • Pelindung skrin V29- RM69

  • Cover case V29- RM69

  • Earbuds TWS- RM259




Dan tidak lupa juga 20 orang pembeli terawal pada 28 September nanti akan mendapat promosi eksklusif di Stor Konsep vivo, iaitu naik taraf storan percuma.

Beli vivo V29 5G di Shopeehttps://invl.io/cljv574

Beli vivo V29 5G di Lazadahttps://invol.co/cljv57k

{suggest}