Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logitech G Yeti GX Image 4

Logitech G Lancar 2 Mikrofon Baru Untuk Penstriman Dan Permainan

Diterbitkan September 20, 2023 · Dikemas kini September 20, 2023 oleh ariff bukhari

Logitech G  melancarkan dua produk baharu untuk permainan dan penstriman, iaitu 2 mikrofon baharu Logitech G Yeti GX dan Logitech G Yeti Orb.

Kedua-dua produk baharu ini menampilkan teknologi seperti LIGHTSYNC RGB, kesepaduan ke dalam perisian GHUB Logitech G untuk kesan pencahayaan diubahsuai dan penambahan sokongan Blue VO!CE.

Yeti GX ialah mikrofon USB plug and play untuk persediaan dan penstriman yang mudah. 

Teknologi Blue VO!CE Logitech G membolehkan penstrim memasukkan suara mereka dan memilih pelbagai penapis, menambah baik isyarat audio asas daripada mikrofon dan mencipta kesan bunyi tersuai.

Logitech G Yeti GX Image 2
Yeti GX dilengkapi ciri menaikkan suara sambil menolak hingar di dalam bilik, bunyi kekunci dan bunyi latar belakang yang lain.

Yeti Orb pula ialah mikrofon permainan USB yang bergaya dan sedia-kamera yang memberikan prestasi audio terbaik dalam kelasnya dan mudah digunakan.

Direka untuk pemain baru dalam penstriman, Yeti Orb dibina dengan kapsul kondenser tersuai dan dan menampilkan logo RGB dan lampu status dengan kesan pencahayaan yang boleh disesuaikan yang boleh diakses sebelum atau semasa strim.

Logitech G Yeti Orb
Yeti Orb mengurangkan herotan dan dengan teknologi penapis Blue VO!CE, bunyi suara sesuaikan untuk mencipta kesan audio melalui aplikasi G HUB.

Yeti GX dan Yeti Orb masing-masing berharga RM659 dan RM269 kini tersedia di stor rasmi Lazada dan Shopee Logitech G.

Berkaitan

  • Logitech Lancar Papan Kekunci Permainan Dan Tetikus Berprestasi Terbaru, Harga Dari RM689

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY