Vivo S1 Berharga RM1099, Pra-Tempah Sudah Dibuka Dan Jualan Bermula 27 Julai

Setelah menguar-uarkan kedatangan Vivo S1, penawaran terbaru daripada Vivo itu kini sudah boleh dibeli secara pra-tempah yang dimulakan pada hujung minggu baru-baru ini

.

Pra-tempah yang sedang berjalan itu akan tamat pada 26 Julai dan Vivo S1 akan mula dijual pada hari berikutnya iaitu 27 Julai. Bagi pembelian secara pra-tempah, pembeli boleh berkunjung ke mana-mana Vivo Concept Store dan membuat bayaran pendahuluan RM50 serta akan diberikan dengan rebat RM100. Pra-tempah ini akan diiringi dengan aksesori tambahan bernilai RM99 berupa Vshare K1-Bluetooth Speaker.



Selain itu, pra-tempah secara dalam talian pula boleh dibuat dari Lazada, Shopee, atau Presto Mall dan Vivo Store. Menerusi platform ini, pembeli akan menerima hadiah misteri bernilai RM149.

Vivo S1 merupakan sebuah peranti yang dilengkapi dengan skrin paparan 6.38 inc, kamera hadapan 32MP sokongan AI, tiga kamera belakang, bateri 4500mAh beserta sokogan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging serta ditawarkan menerusi dua warna; Diamond Black dan Skyline Blue. Acara pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 24 Julai ini.