Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Malaysia Mulakan Promosi Tambang Rm0.99 Untuk Perjalanan Bawah 4KM

Uber Malaysia Mulakan Promosi Tambang Rm0.99 Untuk Perjalanan Bawah 4KM

Diterbitkan Februari 13, 2017 · Dikemas kini Februari 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Kenaikan harga petrol baru-baru ini sedikit sebanyak memeningkan pengguna jalanraya. Berita gembira bagi anda yang tinggal atau bekerja disekitar kawasan Lembah Kelang, Uber Malaysia telah menawarkan promosi tambang 99 sen bagi perjalanan di bawah jarak 4KM.

Tawaran yang bermula pada hari ini 13 Februari 2017 akan berlangsung selama 2 minggu sehingga 26 Februari 2017 dan ia hanya sah untuk perkhidmatan UberX sahaja. Pembayaran secara tunai dan kad kredit diterima untuk promosi kali ini tetapi bagi mereka yang membayar secara tunai kadar tambang akan digenapkan kepada RM1 untuk mengelakkan masalah pemulangan baki.

Promosi tambang 99 sen ini hanya ditawarkan dikawasan sekitar Lembah Kelang dan perjalanan yang tidak melebihi 4KM. Perlu diingat penumpang yang menggunakan ‘Scheduled Rides’ tidak layak menikmati tawaran yang berlangsung.

Tambang 99 sen akan berubah mengikut keadaan lalu lintas dimana harga tambang akan ditukar kepada tambang asal jika jalanraya sesak. Klik sini untuk kadar tambang Uber. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web Uber Malaysia.

Sumber: Uber Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY