Diletakkan pada tanda harga RM3899, Vivo NEX 3 5G disebut sebagai telefon pintar 5G pertama dijual secara rasmi di Malaysia dan tempahan awal ini boleh dibuat menerusi kedai konsep Vivo terpilih, Vivo Online Store, pengedar sah serta platform dalam talian seperti Lazada dan Shopee.
https://www.youtube.com/watch?v=38FTRgEd9vE
Tidak hanya membawa pulang peranti sahaja, pembelian Vivo NEX 3 5G akan turut ditemani dengan hadiah percuma seperti Business Toiletries Case, berus gigi elektrik, pencukur elektrik serta lanjutan jaminan+1tahun perlindungan skrin yang kesemuanya bernilai RM699.
Vivo NEX 3 5G merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 855 Plus, gandingan RAM 8GB dan 256GB ruang simpanan dalaman berasaskan UFS 3.0. Ia memperagakan skrin paparan 6.89 inci POLED Waterfall FullView yang mana sisinya melengkung lebih dalam berbanding peranti lain. Selain itu, bahagian sisi disertakan juga dengan ciri Touch Sense, menggantikan butang fizikal biasa bagi fungsi kuasa serta laras bunyi audio.
Baca juga - Sampel Foto Hasil Rakaman Daripada Tiga Kamera Vivo NEX 3 5G
Berkaitan
- Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin - Tun Mahathir
- HMD Rancang Umum Nokia 7.3 Dan Nokia 9.3 Sekitar Ogos Atau September Depan
- CFM: Pakej Keluarga Malaysia Kelirukan Pengguna
- Uber Mula Beroperasi Di 3 Bandar Baru - Batu Pahat, Kuala Terengganu, Dan Sandakan
- Xiaomi Pintas Huawei, Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-3 Terbesar Di Dunia Untuk Februari
- PicknGo Kini Rasmi Di Malaysia, Bakal Saingi Perkhidmatan e-hailing
- 3 Model Google Pixel Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 835, Dilancar Tahun Ini
- ASUS Bawa Masuk ROG G703G Dan ROG Zephyrus S Dengan Kad Grafik RTX
- Pernah Muat Turun 13 Aplikasi Permainan Ini? Peranti Anda Sudah Dijangkiti Malware
- Realme X2 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM2399