Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PicknGo Kini Rasmi Di Malaysia, Bakal Saingi Perkhidmatan e-hailing

PicknGo Kini Rasmi Di Malaysia, Bakal Saingi Perkhidmatan e-hailing

Diterbitkan Ogos 7, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perkhidmatan memanggil teksi PicknGo kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan bakal membantu pemandu teksi sedia ada dalam persaingan dengan servis e-hailing yang lain seperti Uber.

Pelancaran aplikasi PicknGo itu telah berlangsung petang tadi dan turut hadir sama adalah…

  • Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri di JPM)
  • Valerie Chan (Pengarah Eksekutif PicknGo).

PicknGo Kini Rasmi Di Malaysia, Bakal Saingi Perkhidmatan e-hailing

Aplikasi PicknGo disasarkan untuk membantu pemandu teksi dari segi sokongan sistem bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

Selain itu, menurut laman Lowyat.net, kaedah bayaran PicknGo boleh dibuat melalui kad debit dan kad kredit, sedikit berlainan dari servis e-hailing yang lain.

Menurut Valerie Chan, untuk menjamin perkhidmatan yang lebih baik, setiap pemandu teksi yang ingin menyertai PicknGo diwajibkan untuk menyertai kursus latihan dan kenderaan yang digunakan akan diperiksa sebelum dibenarkan berkhidmat.

Berdasarkan reaksi pemandu teksi yang turut hadir pada acara pelancaran ini, aplikasi PicknGo hadir pada masa yang tepat kerana rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan telefon pintar.

Sumber: The New Straits Times dan Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY