BBK Electronics, syarikat teknologi dari China yang terkenal dengan jenama-jenama seperti vivo, iQOO, OPPO, realme, dan OnePlus, dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan jenama baharu bernama “Jovi”.
Berdasarkan GSMA, beberapa peranti di bawah jenama ini telah didaftarkan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa BBK ingin mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran telefon pintar global.
Nama “Jovi” sebenarnya sudah dikenali di kalangan pengguna vivo, sebelum ini digunakan sebagai pembantu AI dalam peranti mereka. Kini, BBK nampaknya mahu membawa Jovi ke tahap seterusnya sebagai sub-jenama yang berdiri sendiri.
Berdasarkan rekod GSMA, tiga model telah didaftarkan iaitu Jovi V50, Jovi V50 Lite 5G, dan Jovi Y39 5G. Menariknya, model-model ini berkongsi reka bentuk dan spesifikasi yang hampir sama dengan peranti vivo sedia ada.
Sebagai contoh, Jovi V50 (V2427) berkongsi nombor model dengan Vivo V50, manakala Jovi V50 Lite 5G (V2440) adalah varian semula Vivo V50 Lite 5G. Ini menunjukkan bahawa, buat masa ini, Jovi mungkin hanya menawarkan peranti rebranding daripada Vivo.
Berdasarkan model yang didaftarkan, Jovi dijangka memfokuskan kepada peranti bajet dan kelas pertengahan, terutamanya telefon 5G mampu milik.
Sebagai contoh, Jovi Y39 5G dilaporkan mempunyai varian khas untuk pasaran China (Vivo V2444A), menunjukkan bahawa Jovi mungkin dilancarkan di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran lain.
Namun, masih terdapat cabaran besar. Jika Jovi hanya menawarkan telefon yang dijenamakan semula tanpa keunikan yang jelas, jenama ini mungkin sukar untuk mencipta identiti tersendiri.
Bagaimanapun, setakat ini BBK masih belum mengumumkan sebarang pelancaran rasmi untuk Jovi. Sama ada ia hanya sekadar langkah awal atau benar-benar menjadi jenama baharu.
{suggest}
Sumber: Smartprix