Vivo Kongsikan Cara Bersihkan Telefon Pintar

Dunia ketika ini sedang menghadapi situasi luar biasa dengan penularan wabak Covid-19. "Duduk dirumah, jaga penjarakan sosial" inilah antara ungkapan yang dilaungkan-laungkan diseluruh negara yang terlibat.

Selain itu, itu kita juga dinasihatkan supaya kerap membasuh tangan sama ada menggunakan sabun mahupun sanitizer sebagai langkah pencegahan.

Sedar dengan gaya hidup pengguna moden yang selalu berdampingan dengan telefon pintar di tangan, Vivo Malaysia tampil berkongsikan tips pembersihan tanpa merosakkan peranti. Berikut apa yang dikongsikan oleh Vivo Malaysia.

1. Lap dengan kain mikrofiber




Lap secara lembut luaran peranti anda dengan kain mikrofiber yang bersih bagi menghilangkan kotoran. Secara teknikalnya kain mikrofiber bukanlah pembasmi kuman tetapi ia berkesan membuang kuman dan bakteria dari permukaan telefon.

2. Basmi kuman pada telefon anda dengan disinfectant wipes




Sesetengah mungkin berasakan kain mikrofiber tidak cukup atau tidak mampu membersihkan peranti dengan lebih menyeluruh, boleh juga menggunakan disinfectant wipes.

Namun begitu, adakalanya wipes tersebut terlalu basah, anda boleh perah sedikit dan lapkannya secara perlahan-lahan pada telefon disamping mengelakkan pada bahagian port pengecasan.

3. Guna tuala kertas




Kebanyakkan telefon pintar yang dipasarkan di dunia ketika ini hanya mempunyai ketahanan percikan air dan bukannya kalis air sepenuhnya.

Jadi setelah menggunakan bahan pembasmi kuman seperti disinfectant wipes, bolehlah lap basahan yang ada pada peranti dengan tuala kertas.

Amalan pembersihan peranti ini bolehlah dijadikan rutian harian kita walaupun sesudah pandemik Covid-19 ini berakhir kelak. Ini kerana aktiviti seharian kita disamping penggunaan telefon mendedahkan peranti pada kotoran yang tidak terlihat pada mata kasar.