Berbeza dengan sub-jenama lain yang menawarkan peranti lebih mampu milik, Vivo memilih untuk menghasilkan peranti berkuasa tinggi dibawah sub-jenamanya, iQOO.
Peranti pertama dibawah jenama itu telah pun dilancarkan secara rasmi di China, semalam. Ia dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik sekaligus menjadikannya peranti yang perlu diperhatikan tahun ini.

Seperti yang kita tahu, peranti ini akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 855. Tambahan lagi, ia ditawarkan dalam 4 variasi berbeza iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB, 8GB/256GB dan 12GB/256GB.
Peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang disokong pengecasan pantas 44W(kecuali bagi model 6GB/128GB).
Melaluinya, Vivo mendakwa peranti ini hanya mengambil masa sekitar 45 minit untuk dicas penuh, manakala 15 minit pengecasan akan membekalkan tenaga bateri sehingga 50%.
Sesuai dengan statusnya sebagai peranti menfokuskan permainan mudah alih, Vivo iQOO ini datang dengan fungsi “Muti-Turbo” yang merangkumi AI Turbo, Center Turo, Net Turbo, Cooling Turbo dan Game Turbo.
https://youtu.be/HfB1Hj_mpuE
Ciri lain yang ada pada peranti ini ialah tetapan tri-kamera utama 12MP sensor utama + 13MP sudut lebar + 2MP telefoto, kamera hadapan 12MP serta sistem imbasan cap jari dari dalam skrin.
Harga jualan rasmi bagi peranti ini di China ialah bermula dari CNY2,998(~RM1,821) untuk model 6GB/128GB manakala model paling premium 12GB/256GB dijual pada harga CNY4,298(~RM2611).
Menurut sumber, Vivo akan turut menawarkan peranti ini ke pasaran global namun tarikh rasmi pelancarannya masih belum diketahui setakat ini.
Sumber: Engadget