Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-28 at 9.31.52 AM

Vitality – Permainan Video Terbaru Dari Pembangun PUBG Mobile Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 28, 2019 oleh Haikel Areff

Permainan popular PUBG Mobile telah dibangunkan oleh Lightspeed & Quantum Studios bersama pasukan Tencent Games.

Terbaru, studio tersebut dikatakan akan melancarkan permainan video baru tidak lama lagi. Permainan itu ketika ini menggunakan kod nama “Vitality“.

Vitality ini didakwa akan muncul sebagai permainan berasaskan “survival” dan zombi serta akan turut mempunyai beberapa unsur menarik seperti yang dimiliki permainan PUBG.

https://youtu.be/qHsrJKPi1oQ

Melihat kepada video acah di atas, ia memberi beberapa gambaran mengenai suasana dan gaya permainan yang ada pada permainan video ini nanti.

Antaranya ialah kepelbagaian cuaca, peta-peta yang berlainan, jenis senjata berbeza serta gambaran mod permainan multi-player.  

Ini bukanlah kali pertama Tencent tampil dengan permainan video berasaskan zombi. Sebelum ini, PUBG Mobile telah menampilkan watak makhluk pelik berkenaan semasa bekerjasama dengan Resident Evil 2.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan untuk PC terlebih dahulu namun tidak mustahil akan ke platform-platform lain termasuk peranti mudah alih selepas itu.

Bagaimanapun, tidak ada tarikh rasmi pelancarannya telah diumumkan setakat ini.

 

Sumber: News18

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY