Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imbasan Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Didakwa Tidak Menyokong Pelindung Skrin

Imbasan Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Didakwa Tidak Menyokong Pelindung Skrin

Diterbitkan Januari 17, 2019 oleh Haikel Areff

Setiap kali kita mendapatkan sebuah telefon pintar baru, pasti antara aksesori terawal yang kita cari ialah pelindung skrin. Namun, pemilik Samsung Galaxy S10 mungkin akan mengalami masalah berkenaan aksesori tersebut.

Ia bukanlah masalah untuk mencari aksesori itu tetapi masalah yang dihadapi ialah pada sistem sensor imbasan cap jari dalam skrinnya.

Sebuah syarikat pengeluar pelindung skrin, Armadillotek(@armaditollek) mendakwa pengimbas cap jari pada Galaxy S10 gagal berfungsi selepas dipasangkan dengan produk mereka.

We have tested our cases on real #GalaxyS10 phones. The in-screen fingerprint does not support screen protector. So our vanguard will have no built in screen protector

— Armadillotek (@armadillotek) January 16, 2019

Armadilottek menghasilkan kerangka Vanguard dengan pelindung skrin terbina, namun selepas melakukan ujian ini, mereka mengumumkan bahawa Vanguard untuk Galaxy S10 tidak akan mempunyai pelindung skrin tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan daripada pengeluar lain berkenaan dakwaan ini setakat ini.

Sekiranya benar, Samsung perlu melakukan sesuatu secepat mungkin memandangkan pelindung skrin amat penting, lebih-lebih lagi bagi peranti yang menggunakan skrin jenis OLED seperti Galaxy S10.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY