Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Video] Ujian Ketahanan Nokia 6 – Telefon Paling Lasak 2017?

[Video] Ujian Ketahanan Nokia 6 – Telefon Paling Lasak 2017?

Diterbitkan Julai 16, 2017 · Dikemas kini Julai 16, 2017 oleh Helmi Samsuri

Telefon berjenama Nokia memang terkenal dengan ketahanan, tidak kiralah terjatuh, terbaling, hatta disepak sekalipun ia tetap mampu berfungsi dengan baik.

Tetapi itu cerita dahulu. Untuk kekal bersaing dalam pasaran, syarikat dari Finland itu turut membangunkan telefon pintar yang mana ia sudahpun dijual di dalam negara.

Antara model yang berada dalam pasaran tempatan adalah Nokia 6, tapi tahukah anda terdapat beberapa video telah tersebar di internet menunjukkan ujian ketahanan model terbabit.

Anda tak percaya? Mari saksikan 3 video dibawah.

*Anda tidak digalakkan melakukan ujian ketahanan ini dirumah.*

1. Video-video ini mula tular di China selepas ia dilancarkan di negara itu awal Januari lalu. Ia memaparkan ujian ketahanan pada skrin dan bahagian belakang dengan cubaan memecahkan kacang Walnut (antara kacang yang mempunyai kulit keras).

 

https://www.youtube.com/watch?v=swWU7wukAwY

2. Video kedua ini pula dimuat naik oleh akaun Youtube terkenal, JerryRigEverything. Beliau memang gemar melakukan ujian ketahanan terhadap model-model baru telefon pintar dengan cara mencalar, membakar serta membengkokkan telefon tersebut.

Berdasarkan ujian itu, beliau berpendapat bahawa Nokia 6 merupakan antara calon telefon pintar paling lasak 2017.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY