Video Trailer Pertama Filem Pokémon Detective Pikachu Dipertonton, Bakal Ke Panggung Pada Mei 2019

Pokemon adalah merupakan antara siri animasi yang menjadi kegilaan kepada kanak-kanak di seluruh dunia suatu ketika dulu. Bukan sahaja kartunnya, permainan videonya juga boleh dikatakan sentiasa mendapat sambutan hangat.

Antara permainan yang pernah dihasilkan ialah POKÉMON Detective Pikachu. Bagi mengimbau kembali kenangan bermain permainan tersebut, Warner Bros telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan satu filem khas bagi permainan video berkenaan.

Malah, mereka telah pun memuat-naik video trailer pertama bagi filem POKÉMON Detective Pikachu di laman YouTube mereka baru-baru ini.

https://youtu.be/1roy4o4tqQM

Kredit: Warber Bros YouTube


Filem ini mengisahkan usaha Tim Goodman(Justice Smith) untuk mencari bapanya, Harry Goodman(Paul Kitson). Pengembaraaan mereka dihiasi dengan wajah-wajah dan perlakuan comel Pikachu yang bertindak sebagai detektif yang membantu Tim.

Selain Pikachu sebagai watak utama, video berdurasi 2 minit 21 saat itu turut menampilkan watak-watak lain dari animasi popular berkenaan. Antaranya ialah Phyduck, Charmander dan Bulbasaur.

Menariknya, pelakon terkenal dari filem Deadpool, Ryan Reynolds akan menjadi pelakon suara bagi watak kegemaran ramain tersebut. POKÉMON Detective Pikachu akan ditayangkan pada 1o Mei tahun depan.

 

Sumber: Polygon