Video pertama mereka memfokuskan kepada ciri Shattershield. Moto Z2 Edisi Force memiliki paparan Quad HD POLED berukuran 5.5 inci dengan ciri kalis pecah.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=_9wwcWhXzno[/embed]
Telefon ini dijalankan dengan Android Nougat dan dimuatkan dengan Snapdragon 835 bersama RAM 4GB. Kapasiti bateri dikurangkan dari 3500mAh ke 2730mAh untuk model baru ini. Pengguna juga dibekalkan dengan pengecas TurboPower untuk pengecasan pantas.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=0moMnChM6Ds[/embed]
Kamera utama turut mempersembahkan ciri dwi kamera dengan dua sensor 12-Megapiksel f/2.0. Satu sensor mengambil gambar warna dan satu lagi dalam bentuk monokrom dalam menghasilkan kedalam gambar yang lebih cantik. Ianya juga turut dilengkapi dengan PDAF, sistem laser autofokus dan sokongan 4K tetapi tiada penstabilan imej optik.
Kamera selfie pula 5-Megapiksel bersama f/2.2. Oh ya, Moto Z2 Force tiada headphone jack.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=RObN1SV4G60[/embed]
Motorola turut mengumumkan kamera 360 Moto Mod yang mampu merakam video 360 darjah dalam format 4K dan audio 3D. Video yang dirakam dapat disunting di telefon atau secara real-time. Peranti ini dijangka berharga RM 2200 bermula 10 Ogos.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Jzj6AtzJ4ik[/embed]
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Aplikasi GIF Google, Motion Stills Kini Hadir Pula Untuk Android
- Unboxing Nokia 2720 Flip (2019)
- Iraq Pula Haramkan Fortnite & PUBG Di Peringkat Nasional
- Vivo X27 Dilancarkan Di China - Hadir Dengan Kamera Periskop, Skrin Super AMOLED
- Cara Untuk Menghentikan Aplikasi 'Pre-Installed' Untuk Telefon Android
- Samsung Melancarkan Telefon Lipat Galaxy Folder 2
- OnePlus 6T Mula Kehabisan Stok, Beri Gambaran OnePlus 7 Semakin Menghampiri
- Peranti 5G Nubia Sah Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini
- Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Lord Of Fire Kembali Semula Ke Pasaran Sebagai Note 7 Fan Edition- Penurun Saiz Bateri Dan Harga