Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert

[Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert

Diterbitkan Julai 13, 2017 · Dikemas kini Julai 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Rasanya sudah lama Apple ingin membawakan fungsi “Dark Mode” ke dalam sistem operasi mereka tetapi ia hanya tinggal sekadar khabar angin.

Ramai beranggapan bahawa Apple belum bersedia dan mampu untuk melengkapkan teknologi berkenaan ke dalam peranti mereka.

Walaupunbegitu, peranti Apple mempunyai satu ciri yang seakan-akan serupa dikenali sebagai Invert Colour yang mana ia akan membalikkan warna yang digunakan pada:

  • foto
  • emoji
  • lampiran mesej

Tetapi ia tidak seperti apa yang pengguna harapkan.

Terkini, Apple dipercayai akan menghadirkan fungsi yang mirip seperti Dark Mode tersebut menerusi sistem operasi terbaru, iOS 11.

Fungsi yang dipanggil Smart Invert itu lebih pintar berbanding fungsi Invert Colour, kerana ia tidak akan mengubah warna aplikasi yang berwarna hitam kepada putih seperti contoh aplikasi Jam.

Aplikasi ini turut berjalan pada seluruh sistem iPhone tetapi tidak melibatkan foto. Jadi foto di dalam telefon tidaklah kelihatan seperti imej ‘negatif’.

unlock-new-dark-mode-ios-11-for-iphone.w1456 (1)
Contoh foto bila fungsi Invert Colour digunakan

 

[Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert
Contoh foto bila fungsi Smart Invert digunakan

Ia kini ditawarkan pada iOS 11 versi beta dan bagi pengguna beta anda boleh akses ciri ini dengan langkah-langkah dibawah.

Settings > General > Accessibility > Display Accommodations > Invert Colors > Smart Invert

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY