Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Valorant Akan Tiba Untuk PS5, Xbox Series S/X, Ujian Beta Mula Minggu Depan

Valorant Akan Tiba Untuk PS5, Xbox Series S/X, Ujian Beta Mula Minggu Depan

Diterbitkan Jun 8, 2024 · Dikemas kini Jun 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Valorant, sebuah permainan menembak taktikal 5v5 daripada Riot dilancarkan empat tahun lalu, iaitu pada 2020. Semenjak ia dilancarkan, penerimaannya dalam peminat genre sebegini memang meningkat naik.

Kini, Riot mengesahkan bahawa Valorant akan tiba untuk platform konsol, iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series S/X. Walaupun belum versi akhir, anda boleh mencubanya minggu depan kerana ujian beta bakal bermula 14 Jun. Anda boleh daftar di SINI.

Dalam ujian beta awal ini, ada beberapa mod permainan ditawarkan seperti unrated, swiftplay, deathmatch, TDM dan custom.

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Menariknya, Riot mengatakan Valorant konsol ini menyokong cross progression. Bermakna, segala kekulit, agent serta battlepass yang anda sudah ada, akan kekal bersama anda. Ini kerana, akaun yang digunakan adalah sama.

Walau bagaimanapun, untuk berlaku adil, pemain konsol hanya boleh bertemu dengan pemain konsol sahaja. Sementara pemain PC akan kekal bertempur dengan pemain PC lain.

Sebelum ini, Riot pun mengesahkan kehadiran Valorant Mobile untuk platform mudah alih. Namun, sehingga sekarang masih belum nampak bayang.

Berkaitan

  • Valorant Mobile Lambat Keluar, Syarikat China Ini Terus Umum 'Game' Yang Serupa
  • "Game Over", Kanak-Kanak Bawah Umur Di China Hanya Boleh Main 'Game' 3 Jam Sahaja
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: Riot, PlayStation, Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY