Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-06-13 at 21.46.03

“Game Over”, Kanak-Kanak Bawah Umur Di China Hanya Boleh Main ‘Game’ 3 Jam Sahaja

Diterbitkan Ogos 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Masalah ketagihan bermainan permainan video (video game) bukan berlaku di negara kita sahaja tetapi juga di mana-mana negara sekali pun.

Jika sebelum ini Tencent mengemukakan cara mengatasi masalah ketagihan bermainĀ gameĀ di China, kini negara tembok besar tersebut akhirnya memperketatkan lagi peraturan bermain game.

Menurut laporan, kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun dihadkan masa bermain hanya tiga jam sahaja dalam masa satu minggu, iaitu dari jam 8 malam hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, termasuk cuti umum.

Bagi merealisasikannya, ia bukanlah tugas ibu bapa semata-mata. Namun, syarikat permainan seperti Tencent dan NetEase perlu memastikan permainan mereka mempunyai pengesahan identiti sebenar. Mirip yang dilakukan Tencent baru-baru ini.

Terdahulu, peraturan di China sebelum ini membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk bermain selama 1.5 jam pada hari biasa dan 3 jam pada hari cuti.

Selain masalah ketagihan, peraturan yang sudah bermula hari ini juga adalah langkah untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan lebih baik memandangkan mereka merupakan individu yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Sumber: xinhua, reuters

Baca juga:

  • Cara Sekat Pembelian Dalam Aplikasi Di Android Dan iOS
  • Kandungan ‘Game’ Netflix Kini Mula Diuji Untuk Pengguna Android
  • Valorant Mobile Lambat Keluar, Syarikat China Ini Terus Umum ‘Game’ Yang Serupa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY