Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Sediakan Skuter Elektrik Untuk Kegunaan Dalam Kampus

UTM Sediakan Skuter Elektrik Untuk Kegunaan Dalam Kampus

Diterbitkan Februari 28, 2019 ยท Dikemas kini Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai inisiatif mengurangkan jumlah karbon yang terhasil daripada asap motosikal dan kereta, serta mewujudkan kampus lestari, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan alternatif pengangkutan baru, Telepod ‘e-scooter board’.

Ia merupakan hasil dari kerjasama antara UTM dan Telepod, sebuah syarikat berpengkalan di Singapura yang menawarkan pengangkutan mesra pengguna.

Pada fasa pertama, sejumlah 30 unit skuter Telepod disediakan yang mana ia boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan juga kakitangan universiti itu.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Telepod kedalam telefon pintar, buat imbasan kod QR dan boleh terus menggunakannya. Tiada cas dikenakan pada 10 minit pertama dan bagi minit yang berikutnya, 30 sen akan dicas melalui pembayaran dari e-wallet.

Selain e-scooter board ini, UTM sudah mempunyai perkhidmatan basikal dan bas elektrik yang sudah dilancarkan pada awal tahun lalu.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY