Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia

UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia

Diterbitkan September 24, 2026 · Dikemas kini September 25, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih menjadi pangkalan operasi pertama bagi syarikat perkakasan pengkomputeran kuantum dari Singapura, AQSolotl Pte. Ltd.

Penempatan operasi itu sekali gus memperluas hubungan penyelidikan UTM dengan ekosistem teknologi kuantum di Singapura.

Malah, langkah ini menandakan permulaan era baharu dalam pembangunan teknologi kuantum negara, sekali gus membuka peluang besar kepada pelajar dan penyelidik tempatan untuk terlibat secara langsung dalam bidang berimpak tinggi ini.

UTM sebenarnya telah membina kepakaran kuantum sejak 2009 melalui kerjasama dengan Osaka University, Jepun, dan memperluas jaringan dengan institusi di Singapura seperti  Centre for Quantum Technologies (CQT), Nanyang Technological University (NTU) dan National University of Singapore (NUS).

Kehadiran AQSolotl memperkukuhkan lagi ekosistem ini dengan produk utama mereka, Chronos-Q, sistem kawalan yang membolehkan komputer kuantum berkomunikasi dengan komputer klasik termasuk superkomputer dan pusat data.

UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia
Chronos-Q, sistem kawalan komputer kuantum AQSolotl yang digunakan untuk mengawal kubit dan berkomunikasi dengan komputer klasik seperti superkomputer dan pusat data.
UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia
AQSolotl telah mengadakan lawatan pejabat dan mesyuarat strategik di UTM baru-baru ini dengan turut mengadakan lawatan ke pejabat AQSolotl di Industry Centre Building, Innovation and Commercialisation Centre, UTM Technovation Park.

Selain memperkasa penyelidikan, operasi ini memberi peluang latihan industri kepada pelajar, mempercepatkan pembangunan bakat tempatan dalam teknologi kuantum.

Kedudukan strategik UTM di Johor, berhampiran Singapura, turut menjadikannya penghubung penting dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

UTM melihat teknologi kuantum sebagai bidang strategik masa depan dengan potensi besar dalam keselamatan siber, komunikasi, kecerdasan buatan, pembangunan bahan dan simulasi saintifik.

Dengan kerjasama antarabangsa dan sokongan industri, Malaysia berpeluang muncul sebagai pemain utama dalam landskap teknologi kuantum serantau.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri Xiaomi 18 Pro Diperkenal Di China, Sah Masuk Malaysia Tahun Ini
  • YTL AI Labs Bangunkan 1.35 Juta Persona Sintetik Bagi Memahami Demografi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • IBM Beri Amaran Bahaya Pengkomputeran Kuantum Pada Keselamatan Siber
  • Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
©2026 WISER.MY