Pengguna Celcom samada dari pengguna pra-bayar mahupun pasca-bayar dikatakan akan mengalami gangguan servis perkhidmatan dari pukul 8 pagi pada 20 Mei dan akan berterusan sehingga pukul 6 pagi pada 21 Mei. Gangguan tersebut dikatakan kerana pihak Celcom sedang melakukan kerja-kerja naik taraf terhadap sistem bayaran bil mereka, servis sokongan pelanggan atas talian, Aplikasi Mobil dan…
Kategori: Utama
OnePlus 6 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Awal Bulan Jun
Seperti yang kita sedia maklum, peranti perdana OnePlus 6 telah dilancarkan pada 16 Mei yang lalu di London. Dan menurut maklumat terbaru yang kami perolehi, peranti ini bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada awal bulan hadapan. Syarikat Mi Han Sdn Bhd yang menggantikan Brighstar sebagai pengedar tunggal untuk peranti OnePlus 6 di Malaysia, memberitahu pihak kami…
GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa peratusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) akan diturunkan daripada 6% kepada 0%. Dalam kata lain, bermula 1 Jun ini tiada lagi GST akan dikenakan kepada rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, dua syarikat terkemuka yang beroperasi di Malaysia, Acer dan Huawei telah mengambil langkah untuk…
Elakkan Kesabaran Anda Diuji Pada Bulan Ramadan Dengan Aplikasi Waze
Bulan Ramadan merupakan bulan suci dalam kalendar Islam di mana seluruh umat Islam wajib berpuasa selain berusaha untuk meningkatkan amalan baik sepanjang bulan ini. Selain daripada menahan diri daripada makan dan minum, beberapa perkara lain turut perlu diambil perhatian oleh umat Islam agar puasa yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang sewajarnya. Antara perkara yang…
PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru
Semalam kami semua mengalami kemurungan tidak dapat bermain PUBG Mobile kerana ianya dalam proses penyelenggaraan. Hari ini pihak TenCent sudahpun menawarkan kemaskini terbaru (0.50) bersaiz 738MB. Melalui kemaskini baru ini, TenCent membawakan peta baru digelar ‘Miramar’ bersama beberapa senjata dan kenderaan baru. Selepas ini anda boleh memilih antara dua peta Erangel atau Miramar. Dalam permainan…
OPPO F7, Bukan Sekadar Peranti Selfie Biasa
Semenjak kehadiran iPhone X dengan rekaan takuk atau ‘notch’, kita semua dapat lihat berpusu-pusu peranti Android mengikut jejak langkah yang sama. Kami sendiri sudah beberapa kali menyentuh tentang rekaan takuk di dalam artikel mahupun dalam video segmen ulasan kami sebelum ini. Rekaan ‘takuk’ bukan untuk selera semua orang. Ada yang suka dan ada yang tidak….
