Kami ada laporkan berkenaan dakwaan penjualan data melibatkan 13 juta pengguna Astro, Maybank dan SPR. Kini, Telekom Malaysia (TM) mengeluarkan kenyataan berkenaan isu pencerobohan data mereka. TM mendapati bahawa sebanyak 250,248 pelanggan Unifi Mobile telah terkesan akibat pencerobohan data ini, termasuk pelanggan individu dan SME. Antara data yang terlibat ialah nama, nombor telefon dan e-mel….
Kategori: Utama
Anugerah Telefon Wiser 2022 – Ini Senarai Pemenang
Kembali lagi kita dalam ritual tahunan iaitu Anugerah Telefon Wiser, kali ini untuk tahun 2022. Ia terbahagi pada beberapa kategori termasuklah harga, kamera terbaik, skrin, telefon lipat dan juga antara muka. Untuk setiap kategori, kami membahagikannya pada 2 iaitu pilihan pembaca dan pilihan Wiser sendiri. Pilihan pembaca ini ialah berdasarkan sekitar 1,510 undian di Google…
Touch ‘n Go Akan Keluarkan Kad Visa Prabayar Sendiri Berserta Caj Tambahan
Touch ‘n Go dijangka akan mengeluarkan kad prabayar Visa yang terikat dengan e-Wallet mereka dalam bentuk fizikal. Kini, beberapa orang pengguna sudah boleh mengakses dan menempah kad prabayar Visa itu melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ciri ini akan terpapar pada laman utama di bawah bahagian Financial Services. Pengguna perlu memilih Get Card Now untuk memulakan proses permohonan. Kad prabayar Visa…
Data 13 Juta Pengguna Didakwa Sedang Dijual – Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro
Seorang individu di forum Breached berkongsi serba sedikit data peribadi pengguna yang dijual, menjumlahkan sehingga 13 juta pengguna daripada SPR (dipercayai merujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya), Astro dan Maybank. Berdasarkan pecahan disediakannya, 7.2 juta pengguna ialah daripada SPR, 3.5 juta daripada Astro dan 1.8 juta daripada Maybank. Hantaran tersebut diterbitkan pada 25 Disember baru-baru ini….
TM Jelaskan Situasi Tentang Menara Kuala Lumpur
Beberapa hari ini, kecoh tentang isu pemilikan Menara KL dengan pelbagai spekulasi dijelmakan di media sosial. Hari ini, Kumpulan Telekom Malaysia (TM Group) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan keadaan sebenar. Menara KL ialah milik kerajaan Malaysia namun pengoperasian dan penyelenggaraannya diberikan secara konsesi, menurut TM. TM melalui anak syarikatnya yang bernama Menara Kuala Lumpur Sdn….
HAQ Dan TODAK Mewakili Malaysia Ke M4 World Championship MLBB Di Jakarta
Pada 26 Disember yang lepas, kumpulan HAQ dan TODAK telah ‘diterbangkan’ ke Jakarta sempena M4 World Championship. Pertandingan kejuaraan ini diadakan pada setiap tahun di mana 16 kumpulan antarabangsa bertanding untuk memenangi hadiah bernilai USD 800,000. Kedua-dua kumpulan ini layak untuk bertanding di M4 selepas berada di kedudukan pertama dan kedua dalam MPL Malaysia Season 10. Sesi ini ditemani oleh beberapa ahli media iaitu YB Adam…
