Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 Pro kamera

Ura-Ura: iPhone 15 Dan 15 Plus Mungkin Dilengkapi Salah Satu Ciri Kamera Yang Sama Seperti Model Pro

Diterbitkan Januari 3, 2023 · Dikemas kini Januari 3, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak tahun lalu, ura-ura mengenai iPhone 15 telah diperkatakan oleh banyak pihak. Kini, bermula sahaja 2023, lebih banyak spekulasi mengenainya makin bertiup kencang, walaupun pelancaran iPhone 15 dijangka hanya akan dilancarkan pada September kelak.

Terbaharu, penganalisis Jeff Pu dari Haitong Intl Tech Research berkata terdapat naik taraf pada kamera utama untuk semua model iPhone 15 pada tahun ini, terutamanya untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Bimbang Dengan Jualan iPhone 14 Plus, Mahu Nilai Semula Barisan iPhone 15
  • Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan 'Ultra'
  • Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Dilapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju

Memetik 9to5Mac, Jeff Pu melaporkan beberapa jangkaan untuk model iPhone 15 berdasarkan sumber rantaian bekalan.

Antaranya termasuk kedua-dua iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dijangka akan dilengkapi 48MP kamera utama. Seperti sedia maklum, ketika ini sensor 48MP hanya ditawarkan secara eksklusif untuk model iPhone 14 Pro dan Pro Max sahaja.

Walaupun begitu, kedua-dua model asas tersebut mungkin tidak akan didatangkan dengan lensa telefoto untuk zum optik atau pengimbas LiDAR.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY