Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Upin Dan Ipin Memenangi Anugerah Golden Wing Bagi Kategori Animasi Terbaik Di China

Upin & Ipin Setanding Sinetron, Dapat Rating TV Tertinggi Di Indonesia

Diterbitkan Mei 14, 2024 ยท Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh ariff bukhari
Siri animasi Upin & Ipin yang disiarkan di Indonesia melalui stesen MNCTV terus menaikkan nama Malaysia selepas kejayaan siri animasi itu mendapat rating TV tertinggi dalam keseluruhan rangkaian siaran program TV bagi produksi luar Indonesia.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan animasi buatan Malaysia dari Les’ Copaque itu setanding dengan rancangan sinetron yang menjadi program tontonan utama di Indonesia.
Upin Ipin
Rating TV Upin & Ipin pada 6 Mei 2024 yang lalu mencecah (2.7 / 13.5 peratus) dan menjadikan satu-satunya produksi luar Indonesia yang menduduki carta top 10 rancangan TV di keseluruhan stesen TV di Indonesia.
Baru-baru ini, animasi Upin & Ipin menerima Anugerah Syiar Ramadan 2024 dari Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) bagi kategori Program Animasi Asing dan menjadikan anugerah tahun ke-4 yang diterima oleh Les’ Copaque dan MNCTV dari penganjuran anugerah KPI.
Upin Ipin
Dengan pencapaian ini, Upin & Ipin kekal menjadi rancangan TV paling popular di Indonesia semenjak ia disiarkan di MNCTV.
Sumber: FINAS, Les’ Copaque

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY