Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng nfc bam edisi khas

Untuk Peminat Badminton Negara, Touch ‘n Go Jual TNG NFC Edisi Khas BAM Mulai Esok

Diterbitkan Januari 13, 2023 ยท Dikemas kini Januari 13, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Touch ‘n Go menerbitkan kad TNG NFC edisi khas yang tampil dengan imej gambar pemain-pemain negara.

Anda boleh belinya di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 & 15 Januari 2023 dalam BAM Juara Fest 2023.

kad tng nfc bam edisi khas

Selain itu, turut dijual juga ialah pek berkas (bundle pack) yang merangkumi RFID dan kad NFC.

Untuk anda yang berminat, boleh ke Car Park D di Axiata Arena dalam waktu jualannya 10 pagi ke 10 malam.

BAM mengesahkan bahawa edisi khas ini ialah versi berdaya NFC namun tidak mendedahkan harganya.

Image

Jangkaan kami, ia dijual RM20-30 memandangkan semua edisi khas kad NFC ini dijual pada julat itu yang mana lebih mahal daripada kad NFC biasa RM10.

Apakah ia akan dijual secara dalam talian? Tiada maklumat dikongsi mengenainya setakat ini. Memandangkan stok kad NFC juga terhad, ada kemungkinan ia terhad di Axiata Arena.

Berkaitan

  • Pengguna Mengadu Ada Stesen Minyak Jual Kad TNG NFC Lebih RM10, Touch 'n Go Dan PETRONAS Beri Respons
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Oh ya, jika anda tertanya-tanya jika gambar Lee Zi Jia atau Goh Liu Ying turut tercetak pada kad ini, ketahuilah bahawa mereka bukan lagi pemain di bawah BAM. Oleh itu, tiada imej beliau pada kad TNG ni berdasarkan perkongsian BAM.

Bercakap tentang atlet negara Goh Liu Ying, BAM akan mengadakan majlis khas bersempena persaraan beliau yang berlangsung tempat sama, Axiata Arena.

Sumber: Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY