Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UniSZA Meterai MoU Dengan Lima Rakan Strategik, Kukuhkan Jaringan Pembelajaran Sepanjang Hayat

UniSZA Meterai MoU Dengan Lima Rakan Strategik, Kukuhkan Jaringan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Diterbitkan Mei 8, 2024 · Dikemas kini Mei 8, 2024 oleh ariff bukhari

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima rakan strategik merentasi kerjasama pendidikan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bertempat di UniSZA@Putrajaya, pada 3 Mei 2024 lalu.

Lima rakan strategik yang terlibat dalam majlis itu ialah Yayasan Wiba Prima yang diwakili oleh YBhg. Datuk Dr. Kamilia Ibrahim selaku Pengerusi, Mont Royale College diwakili oleh Dr. Sugumaran Chellaya, Dr. Mohd Sufi Ibrahim mewakili Kolej Islam As Sofa, Tarbiyyah Kreatif Consultancy diwakili oleh Ts. Mohd Izzudin Ismail dan Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail mewakili Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing.

Di pihak UniSZA pula, MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA.

UniSZA Meterai MoU Dengan Lima Rakan Strategik, Kukuhkan Jaringan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengurusan Tertinggi UniSZA, Pengarah P2P dan para pegawai daripada pihak-pihak terlibat turut hadir menyaksikan majlis MoU itu.

 

Pemeteraian memorandum persefahaman bersama rakan strategik ini melibatkan kerjasama PSH merangkumi kerjasama program pesisir dan francais.
Selain itu, kerjasama dengan pertubuhan dan syarikat konsultansi adalah dalam bentuk penawaran sijil profesional berkaitan dengan keusahawan serta kemahiran digital.
Kerjasama dengan lima rakan strategik ini merupakan inisiatif pengukuhan jaringan dan pengembangan pembelajaran sepanjang hayat oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P).
Program pesisir, francais dan sijil profesional yang ditawarkan oleh rakan strategik serta P2P boleh diakses di pautan https://ppilmu.unisza.edu.my.
Sumber: UniSZA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • (Ulasan) Nothing Phone (2a) - Android Terpaling 'Smooth' Tapi Kamera Mengecewakan

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY