Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Capai Angka 1 Juta Pelanggan

Unifi Capai Angka 1 Juta Pelanggan

Diterbitkan Jun 18, 2017 · Dikemas kini Jun 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Telekom Malaysia Berhad kini mencapai satu lagi tanda aras baru sebagai syarikat telekomunikasi terbesar negara.

Menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, Unifi, TM kini sudah memiliki 1 juta pelanggan diseluruh Malaysia.

Ia merupakan petanda baik bagi sektor telekomunikasi dan rangkaian selepas 7 tahun Unifi diperkenalkan.

“Unifi telah berkembang pada kadar yang stabil sejak beberapa tahun dan kini, kita telah mencapai angka yang luar biasa iaitu 1,000,000 pelanggan” ulas En. Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan SME.

Berikutan kejayaan ini, TM akan memberikan derma sebanyak RM1,000,000 kepada 100 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) terpilih  seluruh negara.

Difahamkan juga, pelanggan Unifi ke – 1 juta diberi keistimewaan untuk memilih 10 NGO yang disenaraikan yang mana TM akan menderma sebanyak RM10,000 kepada setiap satu badan tersebut diatas nama pelanggan itu.

Selain itu, sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, syarikat membuka semua saluran secara percuma pada HyppTV dan HyppTV Everywhere bermula dari 19 Jun sehingga 18 Julai 2017.

Secara percuma ini boleh dinikmati oleh semua pengguan Unifi,  Streamyx 8Mbps, dan juga Streamyx 4Mbps yang mempunyai set-top box.

Sumber: LiveatPC.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY