Rusia Dan Ukraine Bergaduh, DJI Pun Kena Tempias

Pembuat dron dari China, DJI telah menjadi perhatian dunia kerana penglibatan produk dron mereka dalam konflik Rusia-Ukraine. Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov telah menulis banyak surat kepada syarikat DJI untuk menghentikan sokongan terhadap Rusia.

Secara khusus, surat tersebut dihantar kepada Ceo DJI, Frank Wang untuk menyekat atau menyahaktifkan mana-mana dron yang tidak didaftarkan di Ukraine. Hal ini adalah untuk menyekat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine melalui dron.

Fedorov mendakwa Rusia menggunakan dron DJI untuk membantu dalam navigasi misil mereka yang menyasarkan kanak-kanak dan wanita. Selain itu, beliau mendakwa pihak Rusia menggunakan ciri khusus AeroScope yang ada pada dron DJI.

https://twitter.com/FedorovMykhailo/status/1504068644195733504?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1504068644195733504%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fembedly.forbes.com%2Fwidgets%2Fmedia.html%3Ftype%3Dtext2Fhtmlkey%3D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935schema%3Dtwitterurl%3Dhttps3A%2F%2Ftwitter.com%2Ffedorovmykhailo%2Fstatus%2F1504068644195733504image%3Dhttps3A%2F%2Fi.embed.ly%2F1%2Fimage3Furl3Dhttps253A252F252Fabs.twimg.com252Ferrors252Flogo46x38.png26key3D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935

Ciri AeroScope membolehkan Rusia untuk mengenal pasti dron milik Ukraine pada jarak sehingga 48KM. Rusia dan Ukraine telah mengesahkan bahawa mereka menggunakan dron DJI dalam operasi ketenteraan masing-masing hasil daripada pelbagai sumber di media sosial.

Jawapan daripada DJI.


Walau bagaimanapun, Ceo DJI, Frank Wang telah menegaskan bahawa dron beliau bukan dicipta  sebagai aset ketenteraan melainkan untuk mengisi masa lapang, polis dan hobi. Tetapi, itulah yang terjadi pada produk beliau yang telah digunakan oleh Rusia dan Ukraine, walhal USA juga ada menggunakan dron bagi tujuan operasinya.


Geofence ke atas Ukraine?


Atas desakan Fedorov, DJI mengatakan bahawa mereka boleh meletakkan "geofence" ke atas mana-mana dron DJI di Ukraine. Geofence berfungsi dengan menyahaktifkan kenderaan udara tanpa pemandu apabila ia memasuki suatu wilayah yang telah ditetapkan.

Wakil DJI menyatakan bahawa mereka boleh melaksanakan geofence sekiranya ada permintaan rasmi dari kerajaan Ukraine. Tetapi DJI menegaskan bahawa dron terlibat perlu ada sambungan internet untuk mengemaskini maklumat geofence yang sedia ada. Jika tidak, perlaksanaan geofence baharu tidak dapat dilakukan.

Walaupun begitu, fungsi sistem AeroScope yang sedia ada pada dron DJI tetap kekal seperti biasa.

Nampaknya, aplikasi yang ada pada dron DJI sangat pelbagai dan tidak terhad kepada penggunaan awam sahaja. Malahan, pihak tentera juga boleh memanfaatkan dron ini dalam operasi mereka.

Sumber: Forbes, Gizmochina

Baca juga: