Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ujian Ketahanan Xiaomi Mi 6 Menunjukkan Peningkatan Dari Mi 5

Ujian Ketahanan Xiaomi Mi 6 Menunjukkan Peningkatan Dari Mi 5

Diterbitkan Mei 11, 2017 oleh Wiser MY

Xiaomi Mi 6 merupakan telefon pintar terbaru dari Xiaomi dan merupakan telefon pintar flagship mereka untuk tahun 2017.

Seperti kebiasaannya, JerryRigEverything di saluran Youtube akan menguji ketahanan telefon pintar yang sudah berada di pasaran untuk menguji kualiti pembinaan sesuatu telefon pintar.

Ujian terdiri daripada ujian calar, ujian paparan dari haba secara langsung, dan paling terkenal, ‘bend test’.

Youtuber itu mengambil faktor dengan membandingkan flagship Xiaomi yang terdahulu iaitu Mi 5.

Mi 5 pada tahun lalu gagal melalui ujian bend diamana telefon itu patah kepada dua bahagian menandakan rekaannya yang sangat lemah.

Masuk pula Mi 6, telefon pintar ini berjaya menghadapi 2 ujian dengan cemerlang tanpa ada sebarang kesan yang tertinggal.

Untuk ujian bend pula, Xiaomi Mi 6 berjaya menghadapai tekanan dari tangan Youtuber itu dan masih lagi berfungsi baik selepas ujian dilakukan.

JerryRigEverything mendapati Xiaomi Mi 6 lebih berat dan itu menandakan kualiti ketahanan yang lebih baik dengan rekaan yang lebih baik dari ‘abangnya’.

Xiaomi Mi 6 disasarkan untuk mereka yang mahukan telefon flagship tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY