Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ujian Geekbench AMD Ryzen 9 3950X Didapati Mengatasi Intel Core i9-9980XE

Ujian Geekbench AMD Ryzen 9 3950X Didapati Mengatasi Intel Core i9-9980XE

Diterbitkan Jun 13, 2019 oleh ariff bukhari

Cip pemprosesan AMD itu hanya berharga USD750 sahaja berbanding Intel tersebut yang berharga USD2,000.

Keputusan awal prestasi cip pemprosesan terbaru AMD Ryzen 9 3950X yang tertiris di laman Geekbench menunjukkan bahawa ia telah berjaya mengatasi prestasi cip pemprosesan Intel berprestasi tinggi, Intel Core i9-9980XE.

Apa yang menariknya di sini adalah cip dari AMD itu hanya dilengkapi dengan 16 teras. Manakala cip Intel itu pula mempunyai 18 teras. Malah harga cip pemprosesan terbaru AMD Ryzen 9 ini hanya berharga USD750 sahaja. Sebaliknya cip pemprosesan Intel Core i9 itu berharga mencecah USD2000.

Ujian Geekbench AMD Ryzen 9 3950X Didapati Mengatasi Intel Core i9-9980XE
AMD Myritle adalah merujuk kepada cip pemprosesan AMD Ryzen 9 3950X.

Daripada hasil keputusan Geekbench itu dapat dilihat bahawa cip AMD Ryzen 9 3950X telah berjaya mengatasi prestasi cip Intel Core i9-9980XE bagi kedua-dua ujian iaitu Single Core dan juga Multi Core.

Malah menurut laman Tom’s Hardware, keputusan Multi Core setinggi 61072 yang dicapai oleh cip AMD itu merupakan yang tertinggi yang pernah dilihat mereka untuk kategori cip pemprosesan pengguna awam di laman Geekbench.

Perbandingan awal yang dibuat ini menggunakan spesifikasi cip AMD Ryzen 9 3950X (Matisse) dengan kuasa pemprosesan 3.3GHz / 4.3gHZ (16 Core, 32 Threads). Manakala cip Intel Core i9-9980XE (Skylake-X)  pula kuasa pemprosesannya adalah 3.0GHz / 4.40GHz (18 Cores, 36 Threads).

Cip pemprosesan AMD Ryzen 9 3950X merupakan generasi ke-3 (terbaru) bagi kategori cip pemprosesan komputer meja AMD Ryzen. Ia baru sahaja diperkenalkan oleh AMD dalam pembentangan produk mereka di pameran teknologi E3 2019.

Berdasarkan laman rasmi AMD, cip AMD Ryzen 9 3950X ini memiliki kuasa pemprosesan asas bermula dari 3.5Ghz dan boleh mencapai kuasa maksimum sehingga 4.7GHz dengan 16 teras.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY